TAJUK KEMPEN : KEMPEN CEGAH DIABETES DAN GAYA HIDUP SIHAT
PENCEGAHAN AWAL LEBIH BAIK BERBANDING MERAWAT SETELAH MENGHIDAPINYA :)
Pada tahun yang bertuah ini, kami akan menganjurkan satu progam yang cukup bermanfaat buat semua golongan di Malaysia ini, ianya juga menarik untuk dikunjungi kerana kami akan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk yang memberi impak maksima untuk menangani penyakit tersebut, serta mempunyai ceramah yang bermanfaat buat golongan yang telah menghidapi penyakit tersebut.
- Kami mempunyai berita baik untuk semua golongan dan semua peringkat usia dimana kami akan mengadakan program seperti SENAMROBIK, CERAMAH, PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PELBAGAI LAGI AKTIVITI YANG MENARIK!
- Tarikh yang bakal berlansung ialah pada 16 Disember 2016 iaitu berlangsung pada hari Ahad.
- Bertempat di DEWAN BADMINTON BANDAR PENAWAR.
- Acara majlis yang akan diadakan adalah waktu pagi kami mengadakan aktiviti senamrobik, sepanjang program berlangsung, kami akan mengadakan pameran kesihatan. Majlis perasmian adalah pada pukul 9.30pagi dan ceramah mengenai penyakit diabetes ialah pada pukul 10.30pagi.
KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN BAGI PIHAK KAMI BAGI MENYOKONG KEMPEN YANG MENARIK INI. JIKA KEMPEN INI MENDAPAT SAMBUTAN YANG HEBAT, KAMI AKAN MENGADAKANNYA DI TEMPAT LAIN SEBAGAI TITIK FOKUS USAHA KAMI DALAM KEPRIHATINAN TENTANG KESIHATAN ANDA.
"Mencegah lebih baik dari mengubati."
Oleh : Syahira Rosli @Po!
No comments:
Post a Comment